Setelah hampir nak masuk 1 tahun saya buat blog ini saya belum lagi memceritakan tentang diri saya dengan lebih detail. Okey nama diberi oleh kedua ibubapa saya ialah Nurul Hazwani Binti Mohd Nor. Nama manja adalah Wani, Nurul dan juga Aniez saya masih lagi seorang pelajar yang mana kini sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam tahun 2 dan saya mengambil kos komunikasi. Saya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darul Naim dan saya tinggal di Ketereh yang mana sesebuah tempat yang terkenal dengan buah yang mana bijinya berada diluar. Hobi saya dikala waktu lapang iaitu saya suka mendengar radio dan juga tidur. Cita-cita saya dari waktu kecil sehinggalah sekarang saya ingin menjadi seorang jururawat yang mana saya suka kepada kerjaya tersebut yang memerlukan kepada kesabaran yang tinggi. Saya berasal dari keluarga yang sederhana saya mempunyai 3 orang adik iaitu 2 lelaki dan 1 perempuan dan saya adalah anak pertama yang mana menjadi harapan kedua ibubapa saya untuk menjadi contoh kepada adik-adik saya. Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga demi menuntut ilmu saya rela asalkan saya tahu niat sebenar saya datang ke universiti. Sebelum melanjutkan pelajaran di UUM, selepas tamat form 6 saya mengisi masa yang terluang dengan bekerja di sebuah mini market dan disitu saya dapat menambah pengalaman dan mengetahui betapa susah untuk mencari rezeki oleh itu kini kita tidak boleh untuk memilih kerja kerana kerja kini adalah terhad dan susah untuk dapat melainkan kita ada sesuatu misalnya dengan pengalaman yang ada dan sebagainya lagi. Kata orang sebelum berjaya kita kena mula daripada bawah. Sebagai seorang pelajar saya tidak dapat lari dari menghadapi masalah dan juga kesusahan tetapi kita harus bijak menyelesaikanya andainya kita menghadapi kegagalan kita janganlah mudah berputus asa kerana sekali kita gagal bukan bermakna selama-lamanya kita gagal. Kita kena bangkit daripada kegagalan untuk mencapai kejayaan. Mungkin ada hikmah dari kegagalan yang mana menjadi pemangkin kepada semangat untuk terus berjaya. Alhamdulilah selama saya berada di UUM banyak yang saya dapat misalnya saya dapat kawan-kawan yang berlainan negeri yang mana telah menjadi teman-teman yang sejati yang mana sentiasa bersama . Sama-sama datang ke universiti untuk belajar dan sama-sama juga berpisah dengan keluarga yang mana datang dari jauh misalnya ada kawan saya yang asal dari Melaka, Negeri sembilan dan sebagainya. Kawan-kawan adalah insan yang paling penting dalam hidup saya selepas keluarga ini kerana kawan-kawan adalah orang yang paling rapat dan dekat dengan kita. Susah senang sentiasa bersama. Oleh itu saya sayang semua kawan-kawan saya dan juga pensyarah-pensyarah yang mengajar saya.
Gambar-gambar saya dengan kekawan
Gambar-gambar saya dengan kekawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan