Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian dan juga dikenali dengan perkhidmatan microblogging yang membolehkan pengguna untuk menghantar dan membaca berasaskan teks mesej sehingga 140 aksara, yang dikenali sebagai "tweet".
Twitter telah dicipta Mac 2006 oleh Jack Dorsey dan dilancarkan dalam bulan Julai. Twitter adalah salah satu rangkaian sosial yang cepat mendapat populariti di seluruh dunia, dengan lebih 500 juta pengguna aktif. Pada tahun 2012, twitter telah menjana lebih 340 juta tweet pada setiap hari dan mengendalikan lebih 1.6 bilion permintaan daripada pengguna. Semenjak kewujudan Twitter ini telah menjadikan ia rangkaian yang paling dipilih oleh orang pada masa kini dengan menggunakan laman web di Internet, dan juga telah digambarkan sebagai "SMS Internet. Pengguna boleh membaca tweet dan juga boleh menghantar tweet melalui laman web, SMS, ataupun melalui aplikasi-aplikasi lain dengan menggunakan peranti mudah alih.
Pengasas Twitter

Tweets adalah satu rangkaian yang terbuka dan dapat dilihat secara lalai, tetapi penghantar boleh menyekat penghantaran mesej kepada hanya pengikut mereka sahaja. Pengguna boleh melanggan tweet pengguna lain. Cara ini dikenali sebagai mengikuti dan pelanggan yang dikenali sebagai pengikut atau tweeps (Twitter + peeps). Twitter sebenarnya membolehkan pengguna berkeupayaan untuk mengemas kini profil mereka dengan menggunakan pelbagai aplikasi misalnya dengan menggunakan telefon mudah alih sama ada melalui mesej teks atau pelbagai lagi yang boleh digunakan melalui telefon pintar dan tablet tertentu. Twitter adalah sesuatu yang boleh memudahkan sesuatu perkara yang mana berlaku dalam kehidupan seharian kita.
logo twitter

Tiada ulasan:
Catat Ulasan