Cerita tentang Internet

Vint Cerf : Bapa Internet
Vinton Gray Cerf atau lebih dikenali sebagai Vint Cerf merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menjadi pemangkin kepada kewujudan internet. Beliau dilahirkan pada 23 Jun 1943, dibesarkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Sejak dari bangku sekolah lagi, beliau merupakan seorang pelajar yang pintar selain cemerlang dalam subjek matematik. Cerf juga dikenali sebagai individu yang mempunyai karakter yang unik, berdispilin dan nyata matang dari segi fikiran dan perlakuan. Beliau juga memperlihatkan kelainan dari segi penampilan yang sentiasa kemas dengan mengenakan tali leher serta jaket untuk kesekolah.
Vint Cerf : Bapa Internet
Vinton Gray Cerf atau lebih dikenali sebagai Vint Cerf merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menjadi pemangkin kepada kewujudan internet. Beliau dilahirkan pada 23 Jun 1943, dibesarkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Sejak dari bangku sekolah lagi, beliau merupakan seorang pelajar yang pintar selain cemerlang dalam subjek matematik. Cerf juga dikenali sebagai individu yang mempunyai karakter yang unik, berdispilin dan nyata matang dari segi fikiran dan perlakuan. Beliau juga memperlihatkan kelainan dari segi penampilan yang sentiasa kemas dengan mengenakan tali leher serta jaket untuk kesekolah.
Apa yang dimaksud dengan Internet? Hari-hari layan internet, kalau sehari tak online jadi tak tentu arah, tak senang duduk, rasa ada je yang tak kena, maka itu tandanya anda sudah addict dengan internet. Facebook? Blog? Twitter dan pelbagai lagi platform yang menarik, untuk mengeksesnya anda memerlukan sambungan ‘internet’. Ringkasnya ia berbentuk lebih kurang begini; Anda –> Laptop/iPad –> INTERNET –> Facebook/Twitter/Blog. Namun adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan internet? Intenet merupakan suatu layanan komunikasi yang menggunakan layanan internet atau komputer samada secara langsung mahupun tidak langsung ke seluruh dunia baik surat menyurat ataupun yang lain. Internet juga merupakan jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang membolehkan pengguna internet saling bertukar maklumat atau data melalui jaringan tersebut. Internet adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya. Kemunculan internet dimulai pada 1966, oleh ARPA (Advanced Research Project Agency).
Untuk mendapatkan sambungan internet atau untuk menggunakan internet kita perlu kepada
- PC, samada desktop atau laptop bahkan telefon mudah alih seperti (handphone/iPad) yang dilengkapi dengan keperluan WAP (Wireless Application Protocol) boleh digunakan.
- Modem, samada internal ataupun external.
- Sambungan telefon.
- Internet Service Provider (ISP).
Internet Service Provider (ISP) di dalam Bahasa Melayunya adalah sebagai Penyedia
Service Internet, ia bukanlah sebuah hardware, tetapi sebuah alat yang
memberi servis untuk sambungan ke internet. Di Malaysia kenali
sebagai TMNet, Celcom Broadband, DG Broadband, Maxis Broadband dan
sebagainya. Kita perlu melakukan pendaftaran untuk menggunakan ISP,
kemudian setiap bulan kita harus membayar langganan sambungan internet
tersebut. Di internet, ia menggunakan bahasa atau kod-kod yang disebut Hyper Text
Markup Language atau secara ringkasnya HTML. Bahasa ini merupakan
standard bagi komunikasi internet pada ketika ini. Dengan menggunakan
bahasa ini kita dapat menulis text, menampilkan gambar, memberi warna,
memainkan video serta pelbagai kegunaan lainnya di website.
Contoh penggunaan internet seperti www (world wide web) adalah sesuatu system yang menggunakan tampilan grafik (window) sehingga dapat
memberikan layanan yang sangat baik kepada pengguna. Tampilannya bukan hanya berbentuk teks, tetapi juga boleh berbentuk gambar dan suara dengan bermutu yang bagus kerana
disertakan de warna dan resolusi yang tinggi. Untuk dapat mengaksesnya
memerlukan pelayar internet yang disebut web browser seperti Mozila Firefox, Internet Explorer dan juga Goggle Chrome.
Apakah world wide web
atau www?
World wide web (
jaringan sejagat) biasanya disebut sebagai Web adalah sistem yang menghubungkan
dokumen hiperteks menerusi internet. Menggunakan pelayar Web, pengguna boleh
melihat laman web yang mengandungi teks, imej, video atau multimedia lain dan
navigasi antaranya menggunakan hyperlinks. World Wide Web direka pada 1989 oleh
Sir Tim Berners- Lee semasa bertugas di CERN di Geneva. Switzerland. Sejak itu,
Tim memainkan peranan aktif dalam mengawal pembangunan piawaian Web seperti
bahasa dimana laman web dilakkukan dan dalam beberapa tahun kebelangkangan ini
beliau membina Web Semantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan