Emel adalah teknologi kini yang digunakan dalam kehidupan seharian kita dengan menggunakan bantuan daripada internet. Emel juga dikenali sebagai Surat elektronik (Electronic Mail) iaitu singkatan e-mel, sinonim surat elektronik,dan juga mel komputer. ia adalah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel internet yang berasaskan kepada protokol pemindahan mel mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem x.400 serta sistem-sistem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama bersama kumpulan kerja masing-masing. Sebegini boleh menggunakan protokol internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran Kegunaan emel adalah perkara yang paling mudah ini kerana dapat menjimatkan kos dan juga masa. Emel juga boleh dihantar menggunakan PDA (Personal Assistant Data). Emel boleh digunakan dimana-mana sahaja asalkan ada rangkaian internet dan juga boleh dihantar pada bila-bila masa sekalipun.
Kiriman yang dihantar melaui Emel kita boleh simpan dan tidak akan hilang sehinggalah kita yang menghapuskanya. Kiriman tidak hanya berupa teks semata-mata ia juga berupa gambar, video, program, bahkan juga suara. Dalam penggunaan emel kita perlu juga berhati-hati semasa menghantar bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku misalnya tersalah alamat mungkin dokumen yang dihantar adalah dokumen yang penting atau sebagainya lagi. E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan internet dan sebenarnya merupakan alat yang penting dalam penciptaan Internet Pada tahun 1961. Rangkaian komputer ARPANET telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan yang menandakan pemindahan e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya pada tahun 1969.
Contoh penggunaan e-mel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan