Pelopor Facebook Mark Zuckerberg
Facebook adalah salah satu teknologi yang digunakan melalui web jaringan sosial yang dilancarkan pada 4
Februari 2004 dan didirikan oleh Mark Zuckerberg, iaitu seorang lulusan
Harvard dan mantan murid Ardsley High School. Facebook adalah sebuah jaringan sosial yang dapat menghubungkan manusia tidak mengira tempat mahupun jarak. Pada Mei 2012, Facebook memiliki lebih dari 900 juta pengguna aktif. Penggunaan teknologi ini tidaklah begitu sukar kerana ia perlu didaftarkan dahulu sebelum menggunakanya. Setelah itu, pengguna dapat membuat profil peribadi, menambahkan pengguna lain sebagai teman dan bertukar pesan, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya. Pengguna dapat bergabung dengan group pengguna yang lain berdasarkan kepada ketertarikan yang sama. Misalnya dapat dilihat melalui penggelompokan rakan kerja atau teman baik. Facebook telah didirikan oleh Mark Zuckerberg. Facebook adalah jaringan sosial yang sentiasa dipilih oleh manusia tidak kira dari bangsa mana sekalipun kerana dengan kecanggihan dunia teknologi kini telah menjadikan Facebook sebagai sumber utama untuk berhubung atau berinteraksi tanpa perlu lagi bersemuka. Pada permulaanya kepada tercetusnya facebook bilamana Mark Zuckerberg telah menciptakan Facemash iaitu permulaan kepada Facebook, pada tarikh 28 Oktober 2003 ketika berada di Harvard. Kini facebook telah mendapat banyak sambutan daripada rakyat dunia dan juga dikatakan betapa pentingnya facebook kini.Oleh itu perlu seseorang itu mengetahui akan facebook dan juga kegunaanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan