Sejarah Kewujudan Yahoo...
Permulaan kepada kewujudan Yahoo adalah bermula pada bulan Januari 1994, yang dicetuskan oleh Yang dan Filo yang mana merupakan pelajar graduan kejuruteraan elektrik di Universiti Stanford, apabila mereka mencipta satu laman web yang dinamakan "Panduan Jerry ke web yang merangkumi dunia yang luas. Perkataan "yahoo" adalah singkatan bagi
"Yet Another Hierarchical Officious Oracle" Istilah "hierarki" menggambarkan bagaimana pangkalan data Yahoo telah diatur dalam lapisan subkategori dan Istilah "Oracle" bertujuan untuk makna "sumber kebenaran dan kebijaksanaan," dan istilah "Officious," bukannya berkaitan dengan makna perkataan biasa yang mana telah menyifatkan kebanyakkan orang yang bekerja akan menggunakan pangkalan data Yahoo semasa melakukan tugas tidak mengira dimana-mana sekalipun asalkan ada rangkaian internet. Yahoo telah berkembang dengan pesatnya dalam tahun 1990-an. Yahoo merupakan salah satu enjin carian yang selalu digunakan pada masa kini oleh itu, Yahoo telah menambah portal webnya. Ia juga telah membuat banyak pengubahsuaian bagi menaik tarafkan lagi laman webnya.
Yahoo digunakan untuk mengakses pelbagai maklumat yang ingin kita ketahui dengan menggunakan rangkaian internet. Yahoo dapat memberi kita maklumat dengan kadar yang segera. Ini dapat menjimatkan masa dan juga kos. Yahoo kini merupakan salah satu hasil yang wujud daripada teknologi yang mana sering digunakan oleh manusia bagi menyempurnakan lagi kehidupan mereka ini kerana Yahoo merupakan sebahagian daripada kehidupan kita pada masa kini.
Pengasas Yahoo...
Jerry Yang.. |
David Filo |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan