Sabtu, 10 November 2012

Pendedahan Tentang Blog



                            Blog Waniey

Blog saya adalah berkaitan dengan dunia teknologi  yang wujud pada masa kini, saya suka menulis tentang teknologi yang saya sentiasa tengok dalam kehidupan seharian saya dalam blog ini  kerana tanpa adanya  alat-alat teknologi tersebut ia akan menyulitkan segala urusan seharian misalnya dalam dunia perniagaan perlukan kepada alat teknologi, dalam pendidikan juga perlukan dan dalam bidang-bidang lain sekalipun. Alat-alat teknologi yang dapat saya lihat seperti   telefon, komputer, mesin dan sebagainya lagi yang mana terlalu mudah untuk mendapatkannya dan juga pengunaanya dapat memberi kebaikan kepada diri kita misalnya dari segi penjimatan masa, kos dan juga tenaga. Sebagai seorang pelajar saya perlu kepada alat-alat teknologi seperti komputer, telefon dan sebagainya lagi untuk melancarkannya segala urusan misalnya untuk mendapatkan maklumat tambahan saya perlu merujuk kepada internet yang mana dalam rangkaian tersebut terdapat pelbagai benda yang kita ingin tahu cuma kita perlu peka kepada sesuatu maklumat itu misalnya maklumat tersebut benar ataupun tidak, kita tidak boleh terlalu percaya dengan maklumat yang kita dapat kerana kadang-kadang ia menimbulkan kekeliruan juga oleh itu,  kita perlu baca dan faham dengan baik akan sesuatu maklumat yang kita perolehi melalui internet.
        
        Dalam blog saya terdapat campuran dua  bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu mengikut keadaan dan juga  kesukaan saya. jikalau saya ingin menulis sesuatu dalam bahasa inggeris saya akan menggunakan bahasa Inggeris dan juga sebaliknya. Saya suka menulis tentang  apa yang saya faham dan apa yang saya tahu mengikut kesukaan saya. Menulis blog adalah sesuatu yang boleh memberi ketenangan kepada diri saya dikala saya stress dan ia merupakan sebahagian daripada hobi saya. 

       Dalam kursus Aplikasi komputer saya didedahkan lagi dengan penggunaan software yang terdapat dapat komputer misalnya untuk buat Project management perlu kepada software dia, dan sebagainya lagi dengan adanya kursus tersebut boleh menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan dengan dunia It terkini.




                                                     My Picture Waniey





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan