About Telephone and History
![]() | ||||
Alexander Graham Bell |
Terdapat
empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon
boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi;wireless dan telefon radio, yang menggunakan sama ada isyarat radio analog atau digital; telefon satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet (VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar.
Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga telefon bimbit adalah
satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian
tetap. tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar
sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang
pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan
telefon talian tetap. Identiti pencipta telefon elektrik masih lagi menjadi tanda tanya dan kontroversi. Antonio Meucci,Philip Reis, dan Alexander Graham Bell, semuanya telah diiktiraf sebagai penciptanya.
Sejarah Ringkas Telefon
Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:
- 1849 Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.
- 1854 Charles Bourseul menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.
- 1854 Meucci mendemonstrasi telefon elektrik di New York.
- 1860 Johann Philipp Reis
- 1860 Meucci dijangka (ketika itu) mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island.
- 1861 Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat Telefon ciptaan Reis.
- 1871 Meeucci memfailkan satu paten caveat.
- 1872 Elisha Gray menubuhkan Western Electric Manufactering Company.
- July 1873 Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.
- 1874 Gray mendemonstrasi telfon trnsmiter cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.
- 2 June 1875 Alexander Graham Bell orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.
- 1 July 1875 Bell pertama kali menggun
- akan telefon berkebolehan dwi-arah (Kedua-dua, transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa).
- 14 February 1876 Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.
- 30 January 1877 Bell mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima elektrodinamik.
Gambar-gambar telefon yang terdahulu dicipta
![]() | |||||
Telefon Kertas Pertama |
Dua Kategori Telefon
Telefoni Digital
Digital Telefoni telah mula diterima pengguna setelah sistem litar analog telah menggantikan dengan litar digital.
Teknologi transmisi digital yang telah jauh berkembang telah menjadikan
ia tidak mustahil untuk menggabungkan pelbagai litar digital dalam satu
medium transmisi(dikenali sebagai multiplex). Ketika penghujung instrumen kekal analog, isyarat-isyarat analog yang sampai ke titik agregat (Serving Area Interface (SAI) atau Central Office (CO) kemudian ditukarkan ke isyarat digital.Kemudiannya, Pembawa Gelung Digital (DLC) membawa beberapa talian analog telefon ke CO,dengan menggunakan wayar kuprum dan sekarang telah menggunakan gentian optik. CO dihubungkan dengan menggunakn pembawa SONET.
Gambar- gambar Telefoni Digital
![]() |
Telefon Digital Android Sony EX Peria |
![]() |
Telefon Pintar Android Pertama |
![]() |
Telefon Nokia E7 |
Telefon Tanpa Wayar
Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wireless. Selalunya sistem wireless untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk
telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada.
Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.
Secara
asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya
dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara
atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat
popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus
sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang
sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi
satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi
yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar
menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.
Gambar-gambar telefon
![]() |
I Phone 5 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan