Dunia tanpa komunikasi adalah dunia yang sepi. Komunikasi adalah sesuatu alat atau perkara yang penting dalam sesuatu perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Misalnya dalam dunia perniagaan pada ketika ini komunikasi adalah sesuatu proses yang yang mana seseorang atau beberapa kelompok, organisasi dan masyarakat menciptakan dan menggunakan informasi yang wujud dalam berhubung dengan lingkungan mereka atau dengan orang lain. Komunikasi dilakukan dalam dua perkara iaitu secara lisan atau bukan lisan dan dapat difahami oleh semua pihak. Komunikasi yang baik atau memcapai makna yang sama adalah komunikasi yang berlaku mendapat kefahaman antara satu sama lain. Komunikasi yang berlaku juga bergantung kepada kemampuan seseorang untuk memahami antara satu sama lain. Komunikasi juga adalah satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea, dari seseorang individu kelompok atau sebagainya kepada individu yang lain atau sekumpulan individu untuk mewujudkan proses saling memahami antara satu sama lain. Menurut Shamsudin A. Rahim (2003) komunikasi boleh wujud dalam empat perkara iaitu penekanan kepada penyebaran dan pengiriman, perkongsian makna, pembujukan dan aspek tingkah laku. Ini bermakna setiap orang yang pasti akan berusaha untuk melakukan komunikasi untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada dalam diri kepada orang lain. Menurut S. Borhod Posemblatt dalam bukunya Communication in Business (1983) komunikasi adalah sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol-simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang satu.
Rujukan : Buku pengantar komunikasi oleh Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khairie Ahmad
Rujukan dari buku pengantar komunikasi oleh Mohd Baharudin Othman dan mohd Khairie Ahmad
BalasPadam