Isnin, 9 April 2012

No..9 what are the technologies involve in the decision?

Teknologi yang wujud kini adalah merupakan sesuatu yang berharga kepada dunia kerana dengan adanya teknologi manusia dapat melakukan semua perkara dengan mudah termasuklah untuk diri saya sendiri kerana dengan adanya teknologi saya dapat melakukan apa-apa jua perkara sekalipun yang mana tidak terbatas haknya. Melalui teknologi seperti software komputer saya dapat memindahkan segala data yang wujud dengan baik. Melalui hobi saya yang mana saya suka mendengar radio. Sekarang dengan adanya teknologi yang baik saya dapat mendengar radio dengan menggunakan internet dan dari situ juga saya dapat memanfaatkan apa yang saya perolehi dengan mendowload apa-apa yang saya suka contohnya seperti lagu-lagu, isi-isi ceramah yang disiarkan dan sebagainya. Dengan ini saya juga dapat menjimatkan masa dan juga kos kerana semua itu dapat dibuat dengan mudah. Melalui aktiviti sebegini akan membantu saya di masa hadapan kerana dengan apa-apa yang saya perolehi akan saya manfaatkan dengan baik. Saya dapat koleksikan lagu-lagu  dan segala apa yang saya simpan dengan baik dan jualkan melalui teknologi yang wujud ini juga dengan itu dapat memberi keuntungan kepada diri saya dan juga diri sesiapa sahaja yang pandai menggunakan teknologi yang ada pada sekarang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan