Komunikasi yang wujud sejak sekian lama adalah komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan adalah proses komunikasi yang melibatkan percakapan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada penerima. Komunikasi ini berlaku dalam pelbagai konteks sama ada melalui komunikasi interpersonal, komunikasi kumpulan kecil, hinggalah kepada komunikasi awan. Lazimnya kita berkomunikasi menggunakan bahasa dan juga penulisan tidak semestinya kepada percakapan semata-mata. Contohnya apabila kita berkomunikasi bersama dengan keluarga kita akan menggunakan bahasa yang sopan. Bagi komunikasi kumpulan kecil kita akan menggunakan kata-kata ransangan bagi membangkitkan idea, pendapat dan juga untuk perkongsian maklumat sesama sendiri. Untuk komunikasi awan pula kita akan menggunakan perucapan lisan untuk mempengaruhi serta membujuk khalayak awan untuk menerima idea dan pendapat yang mana telah disampaikan oleh perucap. Menurut Bloch& Trager( dalam Asmah Omar 1969) mendefinisikan bahasa adalah sebagai sesuatu sistem lambang pertuturan dan arbitrasi yang mana telah digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi terutama melibatkan komunikasi lisan bagi memberi seseorang pendengar itu memahami tentang apa yang telah disampaikan dan dapat menhayati dengan baik. Oleh itu, komunikasi lisan adalah merupakan pengucapan yang mana penggunaan bahasa dalam bentuk pertuturan dan juga penulisan yang disampaikan kepada individu dengan tujuan untuk perkongsian makna.
Komunikasi bukan lisan pula adalah komunikasi yang tidak menggunakan percakapan malah dikatakan juga komunikasi tanpa perkataan. Pandangan daripada Harrison (1965) yang mengatakan komunikasi bukan lisan hanya menggunakan simbol-simbol. Contoh komunikasi bukan lisan iaitu dengan menggunakan isyarat mata, mimik muka, sentuhan, gerakan badan dan tangan, dan sebagainya lagi yang mana menggunakan seluruh anggota badan contohnya mimik muka yang ceria menandakan seseorang itu gembira manakala mimik muka yang muram menandakan seseorang itu berada dalam keadaan sedih.Komunikasi bukan lisan juga melengkapi mesej komunikasi lisan oleh kerana"meanings is not in words but in people" maka jelas mengatakan komunikasi bukan lisan itu dapat menjelaskan lagi komunikasi komunikasi lisan.
Rujukan; Buku Pengantar Komunikasi oleh Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khairie Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan