
Rabu, 11 April 2012
No..7 What is your hobby
Hobi saya iaitu saya suka mendengar radio dan hobi saya ini saya amalkan semenjak dari kecil lagi dan sehinggalah sekarang. kerana bagi saya radio sesuatu alat yang mudah untuk dicipta oleh itu radio terdapat dalam pelbagai bentuk dari besar saiznya sehinggalah kecil. Dengan mendengar radio saya dapat melapangkan fikiran saya yang mana saya sebagai seorang pelajar tidak dapat lari daripada tekanan atau fikiran yang bercelaru. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya mendengar radio dalam bertukar-tukar frekuensi mengikut cita rasa untuk mendengarnya. Misalnya saya hendak mendengar ceramah akan saya putar siaran yang menyiarkan ceramah. Misalnya ceramah yang berkaitan dengan agama dari situ saya dapat membaiki diri saya yang mana ada kekuranganya, Sebagai manusia kita ada kekurangan dan kelebihan oleh itu kita harus menjadikan diri kita yang terbaik dengan membaiki kelemahan yang ada pada diri kita. Melalui radio juga kita dapat mengetahui isu-isu semasa yang mana mungkin saya tidak sempat untuk membaca dalam akhbar sekurang-kurangnya saya masih dapat mengetahui isu-isu semasa melalui radio. Kini dalam dunia yang serba canggih ini melalui radio pun kita dapat melakukan perniagaan oleh itu walaupun apa jua hobi kita, kita dapat memanfaatkanya dengan baik asalkan kita bijak menggunakannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan