Dunia tanpa komunikasi adalah dunia yang sepi. Komunikasi adalah sesuatu alat atau perkara yang penting dalam sesuatu perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Misalnya dalam dunia perniagaan pada ketika ini komunikasi adalah sesuatu proses yang yang mana seseorang atau beberapa kelompok, organisasi dan masyarakat menciptakan dan menggunakan informasi yang wujud dalam berhubung dengan lingkungan mereka atau dengan orang lain. Komunikasi dilakukan dalam dua perkara iaitu secara lisan atau bukan lisan dan dapat difahami oleh semua pihak. Komunikasi yang baik atau memcapai makna yang sama adalah komunikasi yang berlaku mendapat kefahaman antara satu sama lain. Komunikasi yang berlaku juga bergantung kepada kemampuan seseorang untuk memahami antara satu sama lain. Komunikasi juga adalah satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea, dari seseorang individu kelompok atau sebagainya kepada individu yang lain atau sekumpulan individu untuk mewujudkan proses saling memahami antara satu sama lain. Menurut Shamsudin A. Rahim (2003) komunikasi boleh wujud dalam empat perkara iaitu penekanan kepada penyebaran dan pengiriman, perkongsian makna, pembujukan dan aspek tingkah laku. Ini bermakna setiap orang yang pasti akan berusaha untuk melakukan komunikasi untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada dalam diri kepada orang lain. Menurut S. Borhod Posemblatt dalam bukunya Communication in Business (1983) komunikasi adalah sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol-simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang satu.
Rujukan : Buku pengantar komunikasi oleh Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khairie Ahmad

Jumaat, 13 April 2012
No..2 Examples of communication
Komunikasi yang wujud sejak sekian lama adalah komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan adalah proses komunikasi yang melibatkan percakapan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada penerima. Komunikasi ini berlaku dalam pelbagai konteks sama ada melalui komunikasi interpersonal, komunikasi kumpulan kecil, hinggalah kepada komunikasi awan. Lazimnya kita berkomunikasi menggunakan bahasa dan juga penulisan tidak semestinya kepada percakapan semata-mata. Contohnya apabila kita berkomunikasi bersama dengan keluarga kita akan menggunakan bahasa yang sopan. Bagi komunikasi kumpulan kecil kita akan menggunakan kata-kata ransangan bagi membangkitkan idea, pendapat dan juga untuk perkongsian maklumat sesama sendiri. Untuk komunikasi awan pula kita akan menggunakan perucapan lisan untuk mempengaruhi serta membujuk khalayak awan untuk menerima idea dan pendapat yang mana telah disampaikan oleh perucap. Menurut Bloch& Trager( dalam Asmah Omar 1969) mendefinisikan bahasa adalah sebagai sesuatu sistem lambang pertuturan dan arbitrasi yang mana telah digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi terutama melibatkan komunikasi lisan bagi memberi seseorang pendengar itu memahami tentang apa yang telah disampaikan dan dapat menhayati dengan baik. Oleh itu, komunikasi lisan adalah merupakan pengucapan yang mana penggunaan bahasa dalam bentuk pertuturan dan juga penulisan yang disampaikan kepada individu dengan tujuan untuk perkongsian makna.
Komunikasi bukan lisan pula adalah komunikasi yang tidak menggunakan percakapan malah dikatakan juga komunikasi tanpa perkataan. Pandangan daripada Harrison (1965) yang mengatakan komunikasi bukan lisan hanya menggunakan simbol-simbol. Contoh komunikasi bukan lisan iaitu dengan menggunakan isyarat mata, mimik muka, sentuhan, gerakan badan dan tangan, dan sebagainya lagi yang mana menggunakan seluruh anggota badan contohnya mimik muka yang ceria menandakan seseorang itu gembira manakala mimik muka yang muram menandakan seseorang itu berada dalam keadaan sedih.Komunikasi bukan lisan juga melengkapi mesej komunikasi lisan oleh kerana"meanings is not in words but in people" maka jelas mengatakan komunikasi bukan lisan itu dapat menjelaskan lagi komunikasi komunikasi lisan.
Rujukan; Buku Pengantar Komunikasi oleh Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khairie Ahmad
Komunikasi bukan lisan pula adalah komunikasi yang tidak menggunakan percakapan malah dikatakan juga komunikasi tanpa perkataan. Pandangan daripada Harrison (1965) yang mengatakan komunikasi bukan lisan hanya menggunakan simbol-simbol. Contoh komunikasi bukan lisan iaitu dengan menggunakan isyarat mata, mimik muka, sentuhan, gerakan badan dan tangan, dan sebagainya lagi yang mana menggunakan seluruh anggota badan contohnya mimik muka yang ceria menandakan seseorang itu gembira manakala mimik muka yang muram menandakan seseorang itu berada dalam keadaan sedih.Komunikasi bukan lisan juga melengkapi mesej komunikasi lisan oleh kerana"meanings is not in words but in people" maka jelas mengatakan komunikasi bukan lisan itu dapat menjelaskan lagi komunikasi komunikasi lisan.
Rujukan; Buku Pengantar Komunikasi oleh Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khairie Ahmad
Khamis, 12 April 2012
No..3 What is technology
Teknologi adalah sesuatu alat yang dicipta yang mana mampu untuk mempermudahkan atau memperlancarkan sesuatu prkara yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupan seharian. Teknologi kini adalah berupa teknologi yang baik kerana mampu menjadikan setiap perkara itu kenyataan bukan khayalan semata-mata. Teknologi adalah berbentuk seperti alat. mesin, instrumen, senjata, alat-alat fizikal teknikal dan sebagainya lagi. Teknologi adalah penggunaan objek yang melibatkan penggunaa objek lain dalam gabungan teknologi pembuatan, penggunaan dan pngetahuan alat-alat , mesin, teknik, sistem atau kaedah untuk melaksanakan fungsi yang spesifik. Teknologi juga boleh mengabungkan komputer dengan jalur komunikasi yang membawa kepada data, suara ataupun video. Menurut Williams dan Samyer(2003) sepanjang abad ke-20, penggunaan istilah teknologi telah meningkat di mana ia merangkumi beberapa peringkat teknologi. Kita dapat mengatakan teknologi sebagai objek, teknologi sebagai alat pengetahua yang mana merangkumi tahap-tahap berlakunya inovasi teknologi dan sebagainya yang berkaitan dengan teknologi , teknologi juga sebagai aktiviti.Apa-apa yang melibatkan manusia melakukan seperti kemahiran , kaedah, prosedur, dan juga rutin mereka yang mana menggunakan teknologi sepenuhnya. Seterusnya teknologi sebagai proses ini dapat dilihat bermula dengan keperluan dan berakhir dengan penyelesaian
Rujukan: http://atschool.eduweb.co.uk/trinity/watistec.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Technology
Rujukan: http://atschool.eduweb.co.uk/trinity/watistec.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Technology
No..4 Examples of technology
Seperti dapat kita lihat pada hari ini dan zaman teknologi ini . Teknologi telah membantu manusia dalam segenap perkara sekalipun. Pada hari ini dizaman yang serba canggih ini dan dunia yang tanpa sempadan ini teknologi telah membantu membangunkan ekonomi yang lebih maju termasuklah ekonomi global hari ini dan telah membenarkan segala mungkin perkara itu terjadi. Proses teknologi telah menghasilkan banyak benda yang diingini oleh manusia. Antara teknologi yan dicipta adalah seperti zip, calculator, phones, rubber band, kapal terbang, lampu elektrik, kenderaan bermotor, dan sebagainya lagi. Teknologi seperti itu dicipta untuk kemudahan manusia contohnya telefon, telefon adalah sesuatu alat yang mana boleh menghubungkan manusia dari sesuatu tempat kepada sesuatu tempat yang lain tanpa ada batasnya. Komunikasi juga dapat berlaku dengan baik walaupun tanpa bertentang mata tetapi tetap juga dapat berhubung dengan baik melalui percakapan dan juga perdengaran. Ciptaan teknologi seperti lampu elektrik juga membantu manusia menerangi hidupnya dengan mudah dan tidak perlu lagi bergelap atau menggunakan api. Seterusnya kita dapat melihat teknologi seperti kapal terbang yang mana kapal terbang adalah kenderaan yang bergerak di udara dan kapal terbang juga dapat menjimatkan masa dan juga dapat mendekatkan sesuatu tempat dengan sesuatu tempat yang lain.
Rujukan : http://wiki.answers.com/Q/Give_5_examples_of_technology
http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page
Rujukan : http://wiki.answers.com/Q/Give_5_examples_of_technology
http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page
Rabu, 11 April 2012
No..5 What is communication technology
Teknologi komunikasi adalah sesuatu peralatan yang dicipta dengan menggunakan teknologi. Penggunaan teknologi komunikasi dapat memudahkan komunikasi berlaku antara individu atau kumpulan. Teknologi komunikasi juga adalah pelbagai teknologi yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan, mendapatkan semula, memproses, menganalisis, dan juga untuk menghantar maklumat. Ini kerana teknologi komunikasi adalah proses untuk mereka bentuk dan membina dan juga untuk mengekalkan sistem . Melalui teknologi komunikasi juga kita dapat melihat cara menyampaikan maklumat diantara satu individu atau kumpulan dengan satu lagi individu ataupun kumpulan selagi komunikasi itu dapat dilakukan dengan menggunakan mekanisme penyampaian dengan beberapa asas teknologi. Teknologi komunikasi juga memaparkan sains komunikasi yang merangkumi seperti telefon, televisyen, radio, telegraf, komputer peribadi , internet dan sebagainya .
Rujukan : http://www.qfinance.com/dictionary/communication-technology
http://uk.ask.com/question/what-is-communication-technology
No..6 Examples of communication technology
Teknologi komunikasi adalah sesuatu peralatan yang sekarang ini banyak digunakan oleh manusia.Antara alat-alat teknologi komunikasi adalah seperti telefon, televisyen, radio, telegraf, faks, software, internet, mobile phones, dan sebagainya lagi. Kini terdapat banyak peralatan yang dicipta dan dengan ini dapat memudahkan manusia melakukan apa-apa yang mereka suka. Misalnya mobile phones kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa ada batas sempadanya kerana mobile phones dicipta dalam pelbagai bentuk dan saiznya. Kini munculnya mobile phones yang menggunakan touch skrin yang mana penggunanya yang berbentuk canggih dan saiznya yang dicipta adalah cantik dan sesuai untuk digunakan untuk masa kini. Dengan kemajuan teknologi kini telah merubah segala-galanya misalnya bentuk dan saiz mobile phones yang mana dahulunya besar dan tidak berapa canggih kini segala-galanya dapat dimasukkan dalam sesebuah mobile phones tersebut seperti kamera, bluetooh dan sebagainya lagi yang mana pada asalnya tidak ada tetapi kini telah ada dan berubah menjadi yang lebih baik. Selain itu, dengan adanya software kita dapat melakukan kerja kita dengan baik misalnya kita boleh mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah dan kita juga dapat memindahkan data yan kita mahu kedalam komputer peribadi dengan baik ini dapat membantu kita dan menjimatkan masa dan juga kos. Seterusnya internet, internet adalah dikatakan segala-gala kini bagi manusia kerana tanpa adanya internet manusia tidak akan mencapai kemajuan melalui internet manusia akan mendapat segala-gala yang dicari dalam hidupnya misalnya manusia dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa sempadan dengan menggunakan laman sosial seperti facebook dengan ini manusia dapat bersosial dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa mahupun agama. Dan dapat bertukar maklumat ataupun pendapat antara seseorang dengan seseorang.
Rujukan: http://www.ask.com/questions-about/Examples-of-Communication-Technology
Rujukan: http://www.ask.com/questions-about/Examples-of-Communication-Technology
No..7 What is your hobby
Hobi saya iaitu saya suka mendengar radio dan hobi saya ini saya amalkan semenjak dari kecil lagi dan sehinggalah sekarang. kerana bagi saya radio sesuatu alat yang mudah untuk dicipta oleh itu radio terdapat dalam pelbagai bentuk dari besar saiznya sehinggalah kecil. Dengan mendengar radio saya dapat melapangkan fikiran saya yang mana saya sebagai seorang pelajar tidak dapat lari daripada tekanan atau fikiran yang bercelaru. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya mendengar radio dalam bertukar-tukar frekuensi mengikut cita rasa untuk mendengarnya. Misalnya saya hendak mendengar ceramah akan saya putar siaran yang menyiarkan ceramah. Misalnya ceramah yang berkaitan dengan agama dari situ saya dapat membaiki diri saya yang mana ada kekuranganya, Sebagai manusia kita ada kekurangan dan kelebihan oleh itu kita harus menjadikan diri kita yang terbaik dengan membaiki kelemahan yang ada pada diri kita. Melalui radio juga kita dapat mengetahui isu-isu semasa yang mana mungkin saya tidak sempat untuk membaca dalam akhbar sekurang-kurangnya saya masih dapat mengetahui isu-isu semasa melalui radio. Kini dalam dunia yang serba canggih ini melalui radio pun kita dapat melakukan perniagaan oleh itu walaupun apa jua hobi kita, kita dapat memanfaatkanya dengan baik asalkan kita bijak menggunakannya.
No..8 How can communication technology help you to be profitable
Teknologi komunikasi kini ia dapat menjadikan sesuatu peralatan dengan menggunakan teknologi. Melalui teknologi ini ia dapat membantu saya dalam menjadikan hobi saya adalah sesuatu hobi yang berfaedah dan juga hobi yang boleh memberi keuntungan kepada saya di masa hadapan. Misalnya dengan mendengar radio saya akan mendapat banyak maklumat, isu-isu semasa dan sebagainya lagi walaupun dahulunya kita dapat mendengar sahaja tanpa melihat tetapi kini dengan wujudnya teknologi dapat menjadikan seseorang yang sukakan kepada radio dapat mendengar radio dalam pelbagai kaedah misalnya mendengar radio dengan melayari internet dengan itu ia dapat menjadikan seseorang atau diri saya sendiri memperolehi maklumat dengan lebih baik lagi. Saya juga dapat melihat juruhebah yang sedang menjalankan tugasnya dengan baik,dapat melihat artis-artis jemputan dan sebaginya lagi. Selain itu, dalam program motivasi misalnya saya dapat meningkatkan pengetahuan dengan apa yang saya perolehi yang mana selama ini saya mngkin tidak mengetahuinya. Pengetahuan yang saya dapat akan saya semaikan dengan baik di dalam hati saya kerana semua yang saya dapat akan berguna suatu hari nanti bagi diri saya. Radio adalah sesuatu alat yang penting bagi saya yang mana ia adalah sebahagian daripada hidup saya, dengan radio saya boleh membuat apa-apa sahaja yang saya suka dengan teknologi sebegini juga akan menjadikan saya seorang yang bertuah kerana dengan mendengar radio pun saya boleh berjaya dengan syarat saya mesti bijak menggunakan segala yang ada dengan baik. Contohnya mendapatkan maklumat dan menyimpan dengan baik dan menjadikan sebuah karya berbentuk DVD kemudian pasarkan kepada orang ramai.
Isnin, 9 April 2012
No..9 what are the technologies involve in the decision?
Teknologi yang wujud kini adalah merupakan sesuatu yang berharga kepada dunia kerana dengan adanya teknologi manusia dapat melakukan semua perkara dengan mudah termasuklah untuk diri saya sendiri kerana dengan adanya teknologi saya dapat melakukan apa-apa jua perkara sekalipun yang mana tidak terbatas haknya. Melalui teknologi seperti software komputer saya dapat memindahkan segala data yang wujud dengan baik. Melalui hobi saya yang mana saya suka mendengar radio. Sekarang dengan adanya teknologi yang baik saya dapat mendengar radio dengan menggunakan internet dan dari situ juga saya dapat memanfaatkan apa yang saya perolehi dengan mendowload apa-apa yang saya suka contohnya seperti lagu-lagu, isi-isi ceramah yang disiarkan dan sebagainya. Dengan ini saya juga dapat menjimatkan masa dan juga kos kerana semua itu dapat dibuat dengan mudah. Melalui aktiviti sebegini akan membantu saya di masa hadapan kerana dengan apa-apa yang saya perolehi akan saya manfaatkan dengan baik. Saya dapat koleksikan lagu-lagu dan segala apa yang saya simpan dengan baik dan jualkan melalui teknologi yang wujud ini juga dengan itu dapat memberi keuntungan kepada diri saya dan juga diri sesiapa sahaja yang pandai menggunakan teknologi yang ada pada sekarang ini.
Langgan:
Catatan (Atom)